Sukan Hari Ini

Mane Bantu Liverpool Atasi Palace

LIVERPOOL: Jaringan babak kedua penyerang Senegal Sadio Mane membantu Liverpool menewaskan Crystal Palace 1-0 di Anfield, semalam.

Turun tanpa kelibat Adam Lallana, Nathaniel Clyne dan Philippe Coutinho yang mengalami kecederaan, Liverpool tampak bergelut menghasilkan gol sehingga Mane akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-73.

Ia adalah kemenangan pertama skuad kendalian Jurgen Klopp selepas seri 3-3 di Watford pada perlawanan pembukaan, lapor BH Online melalui AFP.

Palace kendalian Frank de Boer tewas 3-0 pada perlawanan pertama Liga Perdana di laman sendiri kepada pendatang baharu Huddersfield Town, dan lebih perit lagi apabila kehilangan Wilfried Zaha akibat kecederaan.

Andy Robertson yang membuat penampilan pertama bersama Liverpool, hampir mengancam gawang Palace tetapi hantarannya gagal disudahkan rakan sepasukan.

Joel Matip juga hampir memecah kebuntuan tetapi hantaran Robertson sekali lagi disia-siakan.

Selepas rehat, Liverpool menggandakan asakan tetapi sukar menembusi gawang yang dikawal ketat Wayne Hennessey.

Palace berpeluang mendahului pada minit ke-55 apabila Patrick Van Aanholt berjaya lolos ke dalam kotak penalti tuan rumah, namun hantaran kepada Christian Benteke menyaksikan bekas penyerang Liverpool itu sekadar merembat melepasi palang.

Ketika permainan berbaki 17 minit, Mane memanfaatkan bola yang terkena pertahanan Palace, Luka Milivojevic untuk meledak gol tunggal perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");