shadow

MANJUNG: Kerajaan negeri terus komited memberikan sumbangan derma siswa kepada anak Perak yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat universiti dengan membuka peluang kepada keluarga berpendapatan bawah RM5,000 kebawah untuk membuat pemohonan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kelonggaran syarat bagi keluarga berpendapatan bawah RM5,000 itu telah dilaksanakan sejak Julai tahun ini.

Kerajaan negeri tegasnya telah melakukan semakan semula bagi garis pendapatan keluarga yang pada awalnya hanya tertumpu kepada keluarga berpendapatan RM3,000 kebawah.

“Derma siswa telah dijalankan selama ini bukan seperti yang dikatakan Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dalam ceramahnya mengenai pemberian di Negeri Selangor sebelum itu lagi kita sudah memulakannya.

“Kita telah melaksanakannya hampir lapan tahun dan diperbaiki dari semasa ke semasa bermula dengan bantuan dalam bentuk sekaligus ‘one off’ bukannya pinjaman kepada mereka memasuki universiti kemudian perbaiki kelayakan memasuki kolej, serta peluang mereka mengikuti krusus kolej vokasional,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini hari ini.

Beliau Zambry sempat meluangkan masa beramah mesra bersama warga Ibu Pejabat Polis Manjung dalam program gotong-royong yang berlangsung sekitar hampir satu jam.

Tambahnya, ia bukti keperhatihan kerajaan negeri untuk membantu rakyat negeri ini dahulunya meletakkan garis pendapatan keluarga pada RM3,000 kebawah.

“Kerajaan negeri meninjau semula melihat dari segi pendapatan keluarga yang mungkin ada keluarga yang berpendapatan bawah RM5,000 bagaimanapun mempunyai tanggungan yang ramai dan kurang berkemampuan menghantar anak mereka ke universiti atau kolej.

“Jadi kita telah menaikkan syarat garis pendapatan daripada RM3,000 kepada RM5,000 walaupun masih menetapkan kategori yang lama kita tetap mengambil kira bagi permohonan pendapatan bawah RM5,000,” katanya.

Katanya pemberian sumbangan derma sisiwa melibatkan Diploma sebanyak RM500, sijil sebanyak RM300 manakala Sarjana Muda biasa sebanyak RM800.

Bagi Ijazah Sarjana Muda bidang profesional pemberian bawah RM3,000 adalah sebanyak RM1,200 manakala pemohon dari keluarga berpendapatan RM5000 pemberian sumbangan adalah sebanyak RM1,000.

“Ia membolehkan anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti selain mengurangkan bebanan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya, Perak menerusi agihan bajet Negeri memperuntukkan sebanyak RM53 juta bagi tujuan pendidikan dan sejumlah RM11 juta untuk pemberian derma siswa menerusi Yayasan Perak.

Komen & Pendapat