Perak Hari Ini

MB Harap PIDD 2017 Terus Antarabangsakan Negeri Perak

IPOH: Kerajaan Perak mengharapkan penganjuran Pangkor International Development Dialogue 2017 (PIDD) ataupun Pangkor Dialogue bagi tahun yang keempat ini dapat terus memberi lonjakan dalam usaha mengantarabangsakan negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dengan pemilihan bakal penerima Anugerah Nobel dan juga  bekas Presiden Ecuador yang ke-39, Jorge Jamil Mahuad Witt sebagai speaker ia ternyata mampu memberi perspektif baru dalam pelbagai aspek.

Malah katanya, PIDD kali ini juga bakal menjemput beberapa wakil pembuat dasar dari seluruh dunia sebagai usaha terus mempromosikan negeri Perak sebagai pusat perkongsian idea intelektual di peringkat antarabangsa.

“Mereka yang datang dari luar negara ini tentunya akan menjadikan PIDD ini sebagai wadah rujukan dan ia akan dibicarakan dalam kalangan mereka ketika pulang ke negara masing-masing, dan secara tidak langsung dan kita juga tidak menafikan ia akan menjadikan satu produk yang baik ke arah mengantarabangsakan ataupun mempromosikan negeri Perak di peringkat dunia.

 

“PIDD kali ini juga kita akan menampilkan beberapa tokoh ternama dunia seperti bekas Presiden Ecaudor, Jorge Jamil, wakil-wakil dari bandar Oklahoma, pembuat dasar mahupun menteri-menteri dari dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Pangkor Dialog di Hotel Weil di sini pada Isnin.

Program anjuran Institu Darul Ridzuan (IDR) yang mendapat kerjasama dari Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) ini bakal diadakan pada 11 dan 12 September 2017 di Hotel Casuarina, Meru.

Selain itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, perkenan mencemar duli bagi menghadiri acara tahunan ini.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif IDR, Dr Mazalan Kamis berkata penganjuran PIDD kali ini bakal mensasarkan lebih dari 1,500 deligasi seluruh dunia.

“Saya percaya, penganjuran kali ini akan menarik lebih ramai deligasi seluruh dunia untuk menyertainya dan kalau kita lihat tahun lepas, kita berjaya mendapatkan dalam 27 wakil deligasi dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia Timur dan juga negara-negara anggota ASEAN”, ujarnya.

Tambahnya, kali ini juga IDR  bakal mengajurkan Festival Of Ideas, pada 6 hingga 10 September, di seluruh negeri, sebagai sebahagian dari program ini di samping dapat merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");