Perak Hari Ini

Medan Selera Taman Kanak-Kanak Simpan Berjuta Nostalgia

IPOH: Sebut sahaja Ais Batu Campur ‘Special’, Satay Endut dan Popia SS Ali pastinya anda tahu menu istimewa sudah tidak asing lagi terdapat di Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) Jalan Dato’ Tahwil Azhar di sini.

Medan Selera atau nama asalnya medan Selera Dato’ Tahwil Azhar juga cukup sinonim dengan penduduk Bandaraya Ipoh serta kawasan sekitarnya apabila ia sudah beroperasi sejak tahun 70-an lagi malah menyimpan berjuta kenangan buat setiap pengunjungnya.

Difahamkan menerusi perkongsian blog Orang kecil Orang besar, Medan Selera ini juga dahulu dikenali sebagai Angel Park kerana adanya bangunan Kamdar yang kini terletak di persimpangan Jalan Raja Musa Aziz dengan Jalan Mustaha Al-Bakry (Clare Street) dikenali sebagai Supermarket Angel.

Dikatakan pada ketika itu, Medan Selera ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah juga orang awam setelah menonton wayang dan berjalan-jalan di sekitar Super Kinta atau Jubilee Park, pastinya mereka akan singgah menikmati pelbagai hidangan di medan selera tersebut.

Semakin Terpinggir Kerana Arus Kemodenan?

Biarpun memiliki pelbagai nostalgia manis medan selera ini seakan semakin tenggelam dek kerana arus kemodenan apabila munculnya pelbagai premis makanan ‘hispter’ sekelilingnya ibarat membunuh dalam diam.

Ruang perniagaan juga adalah baik kiranya diperbaiki dan diperindahkan pihak berwajib agar nostalgia ini tidak harus terkubur begitu sahaja.

Hingga ke hari ini juga, pengunjung berhadapan dengan kesukaran mendapatkan tempat letak kereta berhampiran medan selera ini hingga mengakibatkan ia semakin terpinggir.

Bagaimanapun sepantas mana kemodenan dan keunikan restoran lain, medan selera ini tetap menjadi tumpuan buat pengunjung yang mahu merasai keunikan hidangan di pekan Ipoh ini, malah tidak hairanlah ia masih tersenarai antara lokasi menarik serta wajib dilawati apabila berkunjung ke sini.

Tugu jam di tengah-tengah medan selera ini pula antara identiti utama kepada operasinya, apabila ia mula berdetik dan berbunyi era 90 an dahulu cukup mengembalikan seribu satu nostalgianya.

Namun kini rupa bentuk tugu jam ini sudah berubah lebih moden dan tiada lagi replika kuda dan patung diatasnya.

Pada sebelah malamnya anda dapat lihat gelendangan mula berkeliaran mencari lokasi untuk tidur namun begitulah kehidupan cukup klasik identitinya tersendiri.

Hebat Makanannya!

Anda akan dapat saksikan ruang kedainya sentiasa sesak dengan pengunjung tambah lagi apabila malam iaitu gerai makanan Satey Endut yang sangat terkenal lebih dari 30 tahun lagi.

Keenakan satay juga kuah kacang kacang di Gerai Satay Endut sudah membuktikan ia makanan disukai ramai juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Begitu juga dengan Popia SS Ali yang diasaskan oleh Haji Sultan Saukat Ali, sekali gigit, anda pastinya mahukan lagi dengan tekstur yang lembut, inti padat disertakan dengan kuah sambal pekat di atas sememangnya terbukti popia ini tiada tandingannya jika di Ipoh.

Tidak dilupakan juga ABC Special dengan tambahan ais krim menjadi menu kemestian yang akan dicari apabila ke medan selera Taman Kanak-kanak sejak tahun 90-an lagi.

Jika datang ke Ipoh, ABC Special pastinya menjadi kemestian buat penulis sendiri seperti tidak cukup syarat jika tidak berkongsi minuman itu bersama adik beradik lain sambil menikmati panorama juga mendengar dentingan jam gergasi itu terus berputar.

Perlu Terus Jadi Nostalgia

Jika ditanya pada orang ramai perlukah kita robohkan Medan selera ini? jawapannya rata-rata menolak keras dan menjawab TIDAK!

Namun pembaharuan perlu dilakukan bukan sahaja mengenai kebersihan tetapi juga kemudahan asas buat orang awam.

Bagi orang awam Sulaiman Bakri, kebersihan Medan Selera Taman Kanak-kanak perlu dipantau secara berkala khususnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh supaya dakwaan yang mana medan selera ini kotor boleh disangkal.

Manakala bagi, Siti Aisyah Halim medan Taman Kanak-Kanak perlu lebih ceria dan kondusif buat semua.

Bagaimanapun jangan mudah kita melatah juga menunding jari mencari salah kerana medan selera ini bakal dinaiktaraf dan dibaikpulih yang kini dilaksanakan secara berperingkat kini untuk keselesaan semua.

Jangan khuatir air jagung special dan pelbagai menu legend di sana sentiasa menanti kunjungan anda!

Berikut antara perkongsian orang awam di laman facebook mengenai Medan Selera Taman Kanak-kanak mungkin anda juga boleh berkongsi pengalaman ada bersama kami?

“Ais jagung dia faveret… wuwuwuwu

“Shaarani Ismail dulu ada nasik ayam taugeh..zaman outing asrama dulu..skrg dah x de dah rasanya

“Iznina Nina Tempat wajib arwah ayah bawak setiap kali pegi ipoh.. kami kongsi ais kacang bersama… port mengadap jam yg ada patung menari atasnya… Rindu ayah…

“Naron Hahs sejak Ah Seng x der ice kacang x sesedap air tangan dia…. tapi masih diketegori sedap jugak

“Siti Norain Klu g xprnh nk dpt parking …hehe

“Muhamad Adzhar Tajuddin Syok oooo… Tempat memadu cinta tuuuuuuu

“Adiron Liamsi Tmpt mkn abc ada ice cream… Zmn outing asrama dulu2,”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");