Berita Hari Ini

Pacu TN50 Dengan Ilmu Teknikal

KUALA LUMPUR: Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mempertingkat ilmu teknikal dan kejuruteraan dalam usaha memacu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ini selaras dengan visi TN50 yang akan membawa perubahan kepada tadbir urus, pembangunan, ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Saya sentiasa menggalakkan warga JKR meneroka, membangun dan memanfaatkan teknologi terkini kerana kita kini berada dalam dunia peralihan sepenuhnya kepada digital.
“Justeru itu saya amat gembira dengan hala tuju pengurusan projek kepada Building Information Modelling (BIM) bagi menyelesaikan masalah lama serta meningkatkan kualiti industri binaan secara keseluruhan.

“Jika dulu pelan rumah menggunakan kaedah manual bagaimanapun menerusi BIM menggunakan perisian komputer, reka bentuk pintar yang lebih cepat dan mudah,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017 di sini, hari ini, lapor BH Online.

Turut hadir Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.

Pada majlis itu, Fadillah menyampaikan Anugerah Tokoh JKR kepada Penolong Jurutera, Omar Matek serta penghargaan kepada 125 ahli Pasukan Pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular.

Tambah Fadillah, penganjuran Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR julung kali diadakan bagi mengiktiraf jasa warga JKR sebagai pelaksana pembangunan infrastruktur, mengurus aset serta penasihat teknikal kerajaan sejak tahun 1872.

Beliau turut mencadangkan hari Sabtu pertama Disember sebagai ‘Hari Kerjaya Teknikal Negara’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");