Sukan Hari Ini

Perpindahan Neymar Tidak Direstui Bapa

SAO PAULO: Neymar yang kini beraksi bersama Paris St Germain berkata, perpindahannya dari Barcelona tidak pernah direstui bapa yang juga ejennya, Neymar Sr.

Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan perbalahan dengan bapanya itu tetapi di dalam laman web sosial Instagram dan video yang dimuat naik, dia berkata sudah dua kali bintang Brazil itu berselisih faham dengan bapanya.

“Saya membentuk gandingan serangan bersama (Lionel) Messi dan (Luis) Suarez. Perkara itu sudah menjadi sejarah,” kata penggempur Brazil itu.

“Saya sudah memiliki segala-galanya. Tetapi sebagai seorang pemain, saya perlukan cabaran baru. Buat kali kedua dalam hidup saya, saya bertelagah dengan bapa berhubung keputusan untuk berpindah.

“Ayah, saya faham dan menghormati pendapat ayah tetapi keputusan sudah dibuat. Saya mohon ayah terus menyokong saya seperti yang biasa ayah lakukan.”

Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Perancis terbabit selepas mereka berjaya mengatasi klausa pelepasan kontrak pemain itu di Barcelona dan berkata keputusan untuk berpindah dari kelab yang disertai pada 2013 itu dibuat secara bersendirian.

“Dalam hati, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk saya berpindah,” katanya.

“Ia keputusan yang sukar tetapi saya sudah fikirkan secara dewasa.”

Bapa Neymar banyak membantu karier pemain Brazil itu dan menjadikannya salah seorang atlet paling kaya di dunia ketika ini.

Nilai komersial dan pengiklanan yang menggunakan jenama Neymar membawa pulang yang sangat lumayan.

“PSG akan menjadi kediaman baru saya untuk beberapa tahun ini dan saya akan berusaha membalas semua kepercayaan yang diberikan kepada saya.

“Saya berharap peminat akan menyokong saya.”

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");