Perak Hari Ini

‘Pesakit Mental Kebal Undang-Undang Hanyalah ‘Mitos’’

IPOH: Penghidap penyakit atau individu yang mempunyai masalah mental bukanlah ‘kebal’ dari tindakan undang-undang jika pesakit itu didapati melakukan jenayah.

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Norhayati Nordin berkata pandangan sesetengah pihak yang mengatakan pesakit mental mempunyai kad perakuan itu bebas dari dikenakan sebarang tindakan adalah ‘mitos’ sama sekali.

“Kad perakuan itu hanya sebagai pengesahan yang individu itu merupakan pesakit mental dan ia bukanlah seperti kad yang memberi ‘kekebalan’ kepadanya untuk melakukan apa sahaja yang melanggar undang-undang.

“Sebagai contoh, pesakit yang menghidap penyakit skizofrenia di mana pesakit adakalanya otaknya akan berfungsi normal.

“Dan apabila dia melakukan jenayah dan didapati bersalah ketika saat otaknya berfungsi dengan normal, dia tetap akan dikenakan tindakan melalui saluran undang-undang, walaupun dia mempunyai rekod menghidapi penyakit mental,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program lawatan kerja dari  Yayasan Kesihatan Mental (MHF) ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), di sini pada Selasa.

Program itu turut dihadiri, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah MHF, Tan Seri Datuk Hashim Meon dan Ahli Lembaga MHF yang juga bekas pengarah HBUK, Datuk Dr Abdul Aziz Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");