Berita Hari Ini

Trump Umum Sedia Jalin Hubungan Dengan Taliban

WASHINGTON: Presiden Donald Trump masih terbuka untuk menjalin perjanjian politik dengan Taliban, katanya dalam ucapan mengenai strategi Amerika berhubung konflik 16 tahun Afghanistan.

“Suatu hari nanti, selepas usaha ketenteraan yang berkesan, mungkin akan ada sentimen politik termasuk unsur-unsur Taliban di Afghanistan,” katanya.

“Tetapi tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku,” katanya, sebelum berikrar bahawa Amerika akan meneruskan sokongannya terhadap kerajaan Afghanistan dan tentera ketika masih berdepan Taliban di medan pertempuran.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson berkata keputusan Trump untuk menekan Pakistan dan meningkatkan operasi ketenteraan di Afghanistan dapat membantu diplomat AS membina penyelesaian politik.

“Mesej kami terhadap Taliban cukup jelas. Mereka tidak akan menang di medan perang. Taliban punya laluan ke arah perdamaian dan politik yang sah menerusi penyelesaian rundingan politik untuk menamatkan perang.”

Menurut Tillerson, AS bersedia untuk menyokong rundingan damai antara kerajaan Afghanistan dan Taliban tanpa prasyarat, lapor BH Online melalui AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");