Berita Hari Ini

PRU-14 Boleh Diadakan Bila-bila Masa – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin persidangan UMNO peringkat bahagian yang berjalan lancar tanpa isu berbangkit menggambarkan tahap kesiapsiagaan tinggi jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden UMNO juga menjelaskan persiapan menghadapi PRU-14 sedang giat dijalankan dan ia boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Jika ada PRU-14, kita akan tangguhkan saja Persidangan Agung UMNO yang akan berlangsung 5 hingga 9 Disember depan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Persidangan Agung UMNO 2017 akan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember depan bermula dengan taklimat Presiden, persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“MT UMNO juga mengambil maklum persidangan peringkat bahagian berjalan dengan baik dan mendapat sambutan dan disiplin yang baik… tiada kerusi yang melayang dan sebagainya dan kita lihat semangat ahli UMNO tinggi,” katanya.

Persidangan UMNO cawangan berlangsung antara 17 Mac hingga 30 April, manakala persidangan bahagian yang bermula 7 Julai akan berakhir Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");