Berita Hari Ini

‘Send Doa’ Diperakui JAKIM, SKMM

KUALA LUMPUR: Pemilihan doa terbaik untuk pelbagai tujuan kini lebih mudah susulan pelancaran aplikasi ‘Send Doa’ yang dihimpunkan 100 peratus daripada ayat suci al-Quran.

Dibangunkan Dunia Diyari Sdn Bhd, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi AppStore dan Google Playstore itu turut mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Penghasilan aplikasi itu antara lain memudahkan penghantar dan penerima mengekalkan tali persaudaraan menerusi pelbagai kandungan doa yang dilengkapi paparan audio serta visual.

Send Doa mengandungi lebih 100 ayat unik dan surah lengkap yang disusun mengikut tujuan tertentu, sekali gus membolehkan pengguna mencari doa khusus mengikut urusan harian, lapor BH Online.

Ia termasuk doa sempena Aidiladha dan hari lahir, selain mempunyai kompilasi ucapan serta kata dorongan yang boleh dihantar kepada mana-mana individu yang bakal menduduki peperiksaan.

Selaras pelancaran aplikasi berkenaan, syarikat Dunia Diyari Sdn Bhd dalam kenyataan, hari ini menyatakan penghargaan terhadap SKMM selepas menerima bantuan kewangan menerusi Dana Pembangunan Industri Kreatif (CIDF) daripada suruhanjaya itu.

Syarikat berkenaan turut berhasrat untuk terus membangunkan kandungan Islam yang menarik bagi pasaran peranti mudah alih dan memberi tumpuan kepada keperluan masyarakat Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");