Perak Hari Ini

STEM Sebagai Peimbang Sains Dan Teknologi Dengan Sektor Perkerjaan – Sultan Perak

KAMPAR: Kemajuan sains dan teknologi boleh menjadi satu ancaman dan pada masa sama berupaya memberi kebaikan kepada sektor pekerjaan dunia

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi titahnya menyatakan kepesatan teknologi bagaimanapun bergantung kepada kawalan dan pengurusan efektif terhadap bagi mengimbangi teknologi yang kian berkembang.

 

“Inilah sebabnya mengapa pembuat dasar, undang-undang dan sektor pendidikan khususnya yang menjurus ke bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) adalah penting.

 

“Namun, hal ini memerlukan perbincangan yang lebih meluas kepada umum mengenai semua isu berkaitan, termasuklah dari segi aspek yang lebih mencabar berkaitan dengan kawalan dan peraturan,” titah Baginda.

 

Baginda bertitah pada perasmian program Kem Sains Asia (ASC) 2017 di Dewan Tun Dr. Ling Liong Sik, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, pada Isnin.

 

Turut mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambr Abd Kadir; Presiden UTAR, Datuk Dr Chuah Hean Teik dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu ASC 2017 merangkap Ahli Majlis UTAR, Datuk Hong Lee Pee.

Pada masa sama, titah Baginda, penyelidik dari MIT, Brynjolfsson dan McAfee berpandangan, kemajuan semasa dalam Artificial Intelligence (AI) mahupun bidang sains yang lain, mungkin memberikan peningkatan mental sebagaimana yang diperoleh dari penemuan revolusi perindustrian.

 

“Ada yang berpendapat, dengan perkembangan radikal terhadap sains dan teknologi ini ia akan menjejaskan tenaga kerja manusia dalam industri pembuatan kereta.

 

“Namun, dari sudut yang lain, ia akan memberi kebaikan dalam merancakkan pembuatan kereta yang lebih canggih dan mengurangkan penggunaan bahan bakar pada masa hadapan”, titah Baginda.

Diadakan pertama kali di Malaysia, ASC 2017 ini bertujuan mengetengahkan bidang STEM dalam kalangan belia Asia serta memberi pendedahan melalui interaksi dengan tokoh-tokoh mahupun ahli akademik STEM.

 

Acara tahunan peringkat Asia ini telah melibatkan penyertaan lebih dari 340 peserta dari 30 negara antaranya Malaysia, China, Australia, Bangladesh dan Taiwan.

 

Ia berlangsung bermula 20 sehingga 26 Ogos ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");