Sukan Hari Ini

Sukan Sea 2017: Penjualan Tiket 5 Acara Sukan Habis

Penjualan tiket bagi beberapa acara sukan di temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang telah mula habis.

Antara acara yang telah habis penjualan tiketnya termasuklah bagi sukan Renang, Bola Jaring, Pencak Silat, Taekwondo dan Bola Keranjang.

Dengan RM 10 hingga RM20 sahaja orang ramai masih boleh menonton acara sukan kegemaran sepanjang berlangsungnya acara sukan berkenaan.

Tiket boleh dibeli menerusi atas talian di laman web www.kualalumpur2017.com.my

Selain menerusi atas talian, pembelian juga boleh dibuat di pusat-pusat jualan tiket yang akan diumumkan kelak serta di venue acara dengan pembayaran secara tunai, debit atau kredit.

Namun hanya 19 acara dipertandingkan yang dilihat kegemaran ramai seperti bola sepak, badminton, gimnastik, sukan akuatik (terjun, renang, acara berirama & polo air), karate, taekwando, pencak silat, bola sepak, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal trek, bola keranjang, sepak takraw, billiard, snuker dan muay, memerlukan tiket.

Ia termasuk juga upacara pembukaan dan penutup KL2017 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selebihnya iaitu 32 acara lain seperti olahraga, kriket, tenis, tinju dan bola tampar boleh ditonton secara percuma. 

Apa tunggu lagi? Sebagai tuan rumah, ayuh kita penuhkan venue, Bangkit Bersama dan berikan sokongan kepada kontinjen negara serta bersama menjayakan KL2017!

Sukan SEA ke-29 KL2017 akan membuka tirainya bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");