Jenayah

Tony Pua Dilarang Terus Fitnah Najib

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilarang daripada terus menerbitkan kenyataan dan klip video memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

Ini susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan injunksi Najib terhadap Setiausaha Publisiti Dap itu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas bertemu peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan peguam Tan Cheng Leong mewakili Tony Pua di kamarnya.

Bercakap ketika ditemui pemberita, Mohd Hafarizam berkata, mahkamah membenarkan permohonan Najib mendapatkan injunksi sementara dua belah pihak (inter-parte) sehingga kes selesai dibicarakan dan diputuskan.

“Permohonan kami dibenarkan kerana terdapat isu serius yang perlu dipelihara tanpa menjejaskan kedudukan plaintif (Najib),” jelasnya memetik laporan Sinar Harian.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 13 September untuk pengurusan kes bagi membolehkan pihak-pihak mengenal pasti fakta yang dipersetujui dan tidak dipersetujui.

Menerusi saman itu, Najib atas kapasiti peribadi selaku plaintif berkata pada 6 April lalu, Tony Pua membuat satu kenyataan di ruang legar bangunan Parlimen yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama Tony Pua bertajuk BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member’s Bill.

Dakwa Najib, antara lain, kenyataan itu adalah fitnah terhadap jawatannya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa dengan memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker Dewan Rakyat supaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan mengetepikan rang undang-undang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");