Perak Hari Ini

596 Unit Rumah Bakal Dibina Di Tapak Projek PKPPNP Batang Padang

TAPAH ROAD:Sejumlah 596 unit rumah dan 10 unit kedai rakyat akan dibina melibatkan tapak projek seluas 20.2 hektar menerusi Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak Perak (PKPPNP) di Daerah Batang Padang sini hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia merupakan usaha berterusan kerajaan bagi membantu anggota Tentera dan Polis memiliki kediaman masing-masing.

“Kita berhadapan dengan kesukaran mencari tapak lokasi yang sesuai tetapi kita akan cuba mendapatkan kawasan tanah yang sesuai untuk diberikan kepada bekas tentera dan polis juga,” katanya pada satu sidang media pada Majlis pecah tanah program khas Perumahan Perwira Negeri Perak Perak (PKPPNP).

Jelasnya lagi,para veteran tentera dan polis juga tidak dilupakan malah Persatuan Veteran merupakan penasihat utama untuk saling berkongsi maklumat berkaitan pembinaan projek perumahan yang bakal didirikan kelak.

“Kita akan berbincang dengan persatuan veteran yang juga selaku penasihat dan berkongsi pandangan dengan pihak kerajaan negeri.

“Ia kerana projek ini adalah untuk mereka jadi ketika merancang jadi akan maklumkan kepada pihak persatuan untuk memberikan maklum balas berkaitannya,” katanya lagi.

Katanya lagi, setakat ini maklum balas diberikan adalah baik kerana Kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan kerjasama dan persefahaman antara kedua belah pihak.

Biarpun katanya masih terdapat pihak yang sengaja memainkan isu dan sentimen berkaitan perumahan namun barisan exco akan tetap meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Mungkin ada pihak cuba bermain dengan sentimen tertentu namun saya berpesan kepada pasukan exco teruskan kerja kerana kita ingin melakukan sesuatu yang baik bukan mengambil sesuatu daripada mereka.

“Kita menggunakan dasar yang tetap digunakan untuk membantu perwira kita dan kita akan tetap teruskan sekiranya ada pihak tertentu cuba bermain dengan sentimen paling penting kita akan tetap terus membuat kerja,” katanya.

Katanya segala momokan dan perli yang dilemparkan pelbagai pihak akan mematahkan semangat bagi membantu rakyat.

“Kerajaan sentiasa peka dengan nasib veteran tentera dan polis negeri ini jadi ini sebagai langkah tambahan yang lahir dari keikhlasan untuk membantu dan memperjuangkan nasib anggota tentera dan polis,” katanya.

Beliau turut mengakui acara pecah tanah yang berlaku di satu lokasi di Sri Iskandar tidak berjalan seperti yang dirancang namun pihaknya akan meneliti semula projek tersebut.

“Kita akan kembali ke situ yang kini kebenaran merancang telah diluluskan,” katanya.

Terdahulu rumah PKPPNP berkeluasan 1,000 kaki persegi akan dijual dengan harga yang telah disubsidi oleh pihak kerajaan yang lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur,3 bilik tidur dan dua buah tandas.

Bagi lot tengah berharga RM145,000 manakala bagi lot rumah penjuru berharga RM173,700 sehingga RM221,000 berdasarkan harga jualan dan keluasan tanah menerusi kelolan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Turut hadir, Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan,Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan.
PKPPNP di Batang Padang merupakan projek kedua selepas PKPPNP di wilayah Segari, Daerah Manjung 304 unit rumah teres setingkat di kawasan tersebut.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");