Berita Hari Ini

Al-Quran Bergema Di Yangon

ENAM puluh rakyat Malaysia yang berada di Myanmar menyertai World Quran Hour di Yangon, malam tadi.

Selain kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, program turut disertai wakil ahli perniagaan Malaysia di Myanmar dan kakitangan Petronas di negara itu.

Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abd Rahman, berkata ia diadakan lebih satu jam bagi memuliakan al-Quran, selain majlis doa selamat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit menjayakan majlis yang kita buat pertama kali ini dan semoga kita mendapat manfaat daripada bacaan al-Quran.

“Selain komuniti Malaysia, kita juga mendapat kerjasama daripada pertubuhan anak yatim.

“Sebelum itu, kita juga mengadakan sambutan Hari Kebangsaan 2017,” katanya kepada Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");