Membawang Hari Ini

Yang Lama Belum Laku, Adam & Behati Beli Rumah Lagi

AKHIR tahun lalu, pasangan Adam Levine dan Behati Prinsloo memutuskan untuk menjual rumah mereka yang terletak di Beverly Hills.

Namun sayangnya, hingga saat ini pasangan yang dikurniakan seorang anak ini masih belum menemui pembeli yang tepat.

Pun begitu, hal tersebut rupanya tidak menghalang niat vokalis Maroon 5 dan Angel Victoria’s Secret ini untuk membeli sebuah lagi rumah.

Seperti dilapor Variety, kedua-duanya sebelum ini telah membeli sebuah kediaman mewah yang terletak di kawasan Holmby, California.

Malah dikatakan Adam dan Behati berhabis banyak duit untuk memiliki penginapan bergaya Perancis vintage tersebut iaitu sebanyak AS$18 juta atau RM76 juta. Wow! Lihat sahaja rumahnya! Cantik bukan!

Bukan hanya rekabentuk dalaman bergaya 1960-an yang membuat penginapan itu nampak menarik perhatian tetapi juga kemudahan yang tersedia termasuk lima bilik, enam bilik air, ruang tamu serta dapur yang dibuat cukup luas.

Binaanya juga sangat luas dengan dinding kaca sekitar 850 meter persegi serta keluasan keseluruhan mencapai setengah hektar.

Tidak lengkap tanpa kolam renang yang menjadi daya tarik tersendiri pada rumah ini.

Dikatakan rumah tersebut mula dijual pada September bulan lalu dengan harga AS$ 19.9 juta atau RM80 juta.

Nampaknya Adam dan Behati cukup pandai tawar-menawar!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");