Berita Hari Ini

Arab Saudi Terus Tekan Qatar Penuhi Tuntutan

JEDDAH: Arab Saudi, hari ini berkata ia akan terus mengenakan tekanan ke atas Qatar hingga tuntutan blok negara Arab dipenuhi, sekali gus menjejaskan harapan penyelesaian kepada krisis diplomatik itu yang dianjurkan Amerika Syarikat.

“Kami akan terus mengambil tindakan dan akan kekal dengan kedudukan kami hingga Qatar memberi tindak balas,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, yang bercakap bersama rakan sejawatannya, Sergei Lavrov.

Tiga belas tuntutan blok itu termasuk Doha menamatkan sokongan kepada kumpulan militan Islam, menutup pangkalan tentera Turki di negara itu dan mengurangkan hubungan diplomatik dengan Iran.

Qatar perlu memberi tindak balas kepada semua tuntutan itu untuk membuka semula lembaran baru, kata Jubeir.

Tindakan itu dilakukan dua hari selepas Presiden Donald Trump bercakap dengan pemimpin Arab Saudi dan Qatar dalam usaha menjadi orang tengah, lapor BH Online melalui AFP.

Trump berkata, beliau percaya perbalahan itu boleh diselesaikan dengan mudah.

Pemerintah Arab Saudi dan Qatar bercakap di telefon semalam, membangkitkan harapan perbincangan diadakan.

Namun Riyadh menggantung dialog, menuduh Doha memutar belit fakta dengan menegaskan secara salah Arab Saudi memulakan usaha penyelesaian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");