Jenayah

Budak 5 Tahun Antara 32 PATI Ditahan

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bersama ibu bapanya antara 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Perak di enam lokasi sekitar Semanggol dan Parit Buntar.

Gerakan empat jam berakhir 3.30 pagi ini menahan lapan lelaki berusia 20 hingga 50 tahun, 23 wanita berusia 18 hingga 45 tahun serta kanak-kanak lelaki berkenaan.

Timbalan Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen negeri, Ahamat Puad Abd Hamid, berkata operasi membabitkan 19 pegawai dan anggota Imigresen Ipoh.

Katanya, tumpuan adalah beberapa lokasi di sekitar Parit Buntar dan Semanggol termasuk pusat hiburan, rumah kongsi di tapak pembinaan dan kediaman.

“Seramai 87 warga asing diperiksa sebelum 32 ditahan atas pelbagai kesalahan. Mereka adalah enam lelaki Bangladesh, tiga lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita Indonesia, dua wanita Thailand dan selebihnya wanita Vietnam.

“Antara kesalahan adalah tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta salah guna pas lawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut laporan BH Online, Ahamat Puad berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Ipoh untuk dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

“Operasi diadakan secara berterusan bagi membendung masalah PATI di negeri ini. Majikan diingatkan supaya tidak menggaji serta melindungi PATI kerana boleh dihukuman mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");