Perak Hari Ini

‘Car Free Day’ Tarik Penyertaan Lebih 7,000 Warga Kota Ipoh

IPOH:Program Ipoh Car Free Day bulan September bagi siri ke-22 ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 7,000 warga kota Bandaraya Ipoh yang berlangsung di Jalan Raja Di Hilir di sini hari ini.

Program pada kali ini bertemakan tiga acara utama iaitu Sambutan Tahun Baru 1439 Hijrah, World Car Free Day, World Tourism Day dan World River Day turut menarik kehadiran dan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan oleh Hospital KPJ Ipoh dan pertandingan mewarna.

Sementera itu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambri Man turut hadir menyaksikan sesi Kayuhan (River Recce Ride) (3R), Perarakan Maal Hijrah dan Kereta Kuda.

Program pada kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, yang turut meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti santai bersama-sama wargakota Ipoh di sepanjang program tersebut berlangsung.

Menurut Zamri Man,program ini diharap akan menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon serta menarik kehadiran wargakota untuk bersantai pada hujung minggu.

“Aktiviti ini juga diharapkan dapat memeriahkan Tahun Melawat Perak 2017,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");