Sukan Hari Ini

Coutinho Bantu Liverpool Balas Dendam

LEICESTER: Philippe Coutinho menandakan kemunculan pertamanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini dengan penuh gaya apabila meledak jaringan bagi membantu Liverpool kembali di landasan kemenangan apabila menewaskan Leicester City 3-2.

Coutinho mengemukakan permintaan untuk berpindah pada ambang musim baharu lalu di mana Liverpool berjaya menghalang perpindahannya ke Barcelona dan dia mula menunjukkan proses kebangkitan semula dengan melunaskan sepakan percuma yang menemui gawang pada minit ke-23.

Tambahan gol dari Mohamed Salah dan kapten pasukan, Jordan Henderson membantu barisan kendalian Jurgen Klopp meraih kemenangan pertama dalam lima percubaan mereka, sekali gus menebus kekalahan di tangan Leicester dalam aksi Piala Liga baru-baru ini.

Namun kemenangan itu muncul selepas mereka dilihat hampir dimalukan di Stadium King Power. Shinji Okazaki dan Jamie Vardy masing-masing menjaringkan gol untuk Leicester tatkala satu sepakan penalti pada minit ke-73 diselamatkan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

Liverpool kini berada di tangga kelima liga, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu City manakala Leicester ke-16, berada di luar zon bahaya dengan hanya dibezakan jaringan dengan Brighton dan West Ham.

Secara umumnya, Klopp melakukan tujuh pertukaran berbanding skuad yang diturunkan dalam aksi Piala Liga awal minggu ini, namun Coutinho kekal sebagai pilihan untuk berada di posisinya, lapor BH Online melalui AFP.

Okazaki yang beraksi cemerlang ketika membantu Leicester meraih kemenangan 2-0 Selasa lalu, diberikan kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama skuad kendalian Craig Shakespeare.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");