Sukan Hari Ini

Chong Wei Ke Final Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya dipisahkan satu lagi perlawanan dalam usahanya meraih gelaran ketujuh Terbuka Jepun.

Sebentar tadi, pemain nombor tujuh dunia itu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan bintang muda China, Shi Yuqi 21-18, 21-9 dalam aksi separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Tokyo.

Dia akan menentang sama ada pemain Korea Selatan, Son Wan Ho atau juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark bagi penentuan gelaran juara, esok.

Pemain berusia 35 tahun itu sudah enam kali bergelar juara Terbuka Jepun bermula 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");