Isu Panas

DAP Bakal Hilang Pulau Pinang?

SHAH ALAM: PAS mengingatkan DAP bahawa parti itu yang perlu memikirkan nasib kuasa pemerintahan mereka di Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, DAP hanya mempunyai 19 kerusi sahaja di negeri Mutiara itu.

“Jumlah itu tidak cukup untuk menjadi kerajaan tanpa kerjasama dengan parti lain.

“Ia berbeza dengan PAS yang sudah mempunyai majoriti menguasai Kelantan pada hari ini walaupun secara tunggal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan  Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng yang mendakwa PAS bakal mengalami risiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika enggan menyertai Pakatan Pembangkang.

Ujar Guan Eng, Pas  masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka akan berdepan ‘kekalahan’ di semua tempat (ditandinginya pada PRU14 nanti) dan malah berisiko kehilangan Kelantan.

Mengulas lanjut Ahmad Fadhli  berkata,  Guan Eng  juga perlu sedar bahawa DAP juga mempunyai risiko kehilangan kerusi apabila kalah di kerusi yang ditandingi jika berlaku pertembungan tiga penjuru.

“Di kerusi DAP akan berlawan dengan MCA atau Gerakan sebagai contoh, pengundi Melayu Islam hampir pasti secara ‘solid’ akan memilih Pas sebagai alternatif mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli  berkata kepada Sinar Harian, “satu-satunya kekurangan di Kelantan ialah, menteri besar dan exconya tidak mempunyai pengalaman ditahan oleh SPRM,”.

“Tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang exconya telah mempunyai ‘pengalaman berharga’ ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah. Itulah satu-satunya ‘kelebihan’ DAP berbanding PAS di Kelantan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Y
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");