Jenayah

‘Remaja Belasan Tahun Berani Tubuh Geng Samun’

IPOH: Tidak padan dengan umur belasan tahun, tiga remaja lelaki bertindak berani membentuk sebuah kumpulan bagi melakukan aktiviti samun bersenjatakan parang di sekitar daerah ini.

Suspek masing-masing berusia 19, 17 dan 16 tahun itu berjaya ditahan, semalam selepas anggota polis mengesan sebuah kenderaan dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan di Lengkok Bercham Timur 4, Bercham kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kereta jenis Proton Persona terbabit memecut laju ketika polis cuba memberhentikan kenderaan bagi tujuan pemeriksaan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan terbabit terbabas melanggar sebuah kenderaan lain sebelum merempuh tiang elektrik.

“Anggota polis berjaya menahan mereka tanpa sebarang pergelutan berlaku, kemungkinan kumpulan ini dalam perancangan untuk melakukan rompakan berikutan penemuan beberapa senjata berbahaya dalam kenderaan itu antaranya dua bilah parang dan satu besi buku lima,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini, lapor Sinar Harian

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui tiga paket dadah jenis syabu dipercayai bagi kegunaan sendiri.

“Ketiga-tiga remaja itu beralamat di Ipoh, seorang daripadanya bekerja sebagai mekanik sementara dua lagi sudah tidak bersekolah,” katanya.

Terdahulu, Chang Keong menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ipoh antara Deputi Superintendan Hasmeera Hassan dengan Asisten Superintendan Saw Heng Chye.

Hasmeera, 44, bakal memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis sementara tugasnya di sini dipangku, Heng Chye, 55, dari bahagian Risikan, Operasi dan Tahanan JSJN Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");