Membawang Hari Ini

Fazura Jumpa Selena Gomez

KUALA LUMPUR: Bagi yang menjadi pengikut laman sosial Instagram milik aktres jelita, Nur Fazura yang kini berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri Minggu Fesyen New York di sana.

Untung Fazura kerana dia telah berkesempatan berjumpa dengan pelbagai pereka fesyen seluruh dunia juga selebriti antarabangsa.

Paling menarik sekaligus mencuri perhatian peminat tanah air ialah pertemuannya dengan bintang sensasi Selena Gomez.

Menerusi laman sosial miliknya itu, bintang drama Hero Seorang Cinderella ini turut berkongsi gambar dan video pertemuan tersebut.

Video berkenaan merakamkan momen Fazura dan Selena berpelukan sambil kedua-duanya melagakan pipi. Kelihatan mereka juga turut bertanya khabar, lapor MalaysiaGazette.

Pertemuan itu berlaku di Coach House, Manhattan, Amerika Syarikat.

Perkongsian gambar itu mendapat lebih 50,000 tanda suka dan kebanyakan peminat mengucapkan tahniah buat Fazura.

Malah rakan artis seperti Fasha Sandha turut meninggalkan komennya pada perkongsian gambar berkenaan.

Minggu fesyen New York diadakan di Basketball City yang bertujuan memberi peluang kepada pereka fesyen mempamirkan koleksi musim panas masing-masing.

Fazura pula mewakili Coach Malaysia bagi acara itu yang berlangsung dari 7 hingga 13 September 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");