Berita Hari Ini

Tak Perlu Sebar Gambar Mangsa – Mufti

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan menggesa agar tidak ada mana-mana pihak yang menyebarkan gambar-gambar mangsa kebarakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, di sini

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi akaun Twitternya berkata tindakan sedemikian mungkin akan melukakan hati ahli keluarga mangsa.

“Kepada masyarakat awam, tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa.

“Cukuplah dengan mendoakan mereka disamping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar.

“Sama-sama kita sedekah Surah al-Fatihah kepada semua mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya.

Sementara itu, menerusi laporan BH Online, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut senada dengan Dr. Zulkifli di mana tindakan menyebarkan gambar-gambar berkenaan adalah satu tindakan yang wajar.

Beliau berkata semua pihak perlu menghormati perasaan keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi itu.

“Saya juga minta orang ramai tidak mudah percaya derma kilat yang sedang tular di laman sosial sekarang ini.

“Kita tidak mahu pihak mahu ada pihak ambil kesempatan atas tragedi ini, orang ramai boleh hubungi pihak berkuasa memaklumkan sebarang viral berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya sedang membincangkan bersama pihak jabatan agama dan keluarga bagi urusan jenazah yang mungkin dikebumikan di satu liang Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Karak ataupun mengikut keluarga masing-masing.

“Urusan mandi, kapan dan solat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");