Sukan Hari Ini

Fellaini antara pemain penting United – Mourinho

KEMENANGAN ini bermula dengan persembahan cemerlang dipamerkan oleh Fellaini, yang menggantikan Paul Pogba di awal permainan kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Mourinho tidak menyedari betapa serius masalah itu pada awalnya, tetapi mencadangkan pemain-pemain tengah yang dimilikinya, termasuk Fellaini berupaya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bintang Perancis itu.

“Saya masih belum berbincang dengan pegawai perubatan kami. Kami memiliki skuad untuk mengharungi perkara ini. Kecederaan dan penggantungan.

“Tetapi kami tidak mengeluh. Jika Pogba tidak beraksi, kami memiliki, Ander Herrera, Michael Carrick, Fellaini dan Nemanja Matic.

Bercakap khusus mengenai Fellaini, Mourinho menambah, “Dia adalah seorang pemain yang memiliki kualiti yang istimewa yang tidak dimiliki oleh pemain-pemain lain.

“Saya melihat dia sebagai salah seorang pemain yang penting untuk United, walaupun kadang-kala saya tidak memilih untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama.”

Seorang lagi pemain yang mendapatkan pujian Mourinho adalah Romelu Lukaku, yang menjaringkan gol keenam sepanjang dia beraksi untuk United.

Menurut laporan dari portal Stadium Astro, penyerang Belgium itu enggan dibuai dengan persembahannya, memberikan keutamaan untuk bangkit daripada keputusan seri 2-2 dengan Stoke City.

“Saya gembira dengan kemenangan ini,” kata Lukaku.

“Kami mahu bangkit daripada seri dengan Stoke.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");