Laporan Eksklusif

Jangan Hanya Mengecam: Zambry Dah Laksana Program Turun Padang, Pemukiman Sejak 2012

Lumrah menjelang pilihanraya, apabila ada pemimpin-pemimpin yang mula turun padang. Ada yang kata usaha itu sebagai sesuatu yang baik namun tidak dapat dinafikan lebih ramai yang mengeji.

Namun apa yang penulis lihat, berdasarkan komen-komen di FB Peraktoday.com masih ramai pengundi yang tidak tahu sejarah bermulanya program pemukiman Menteri Besar di Perak. Sebab itu orang cakap, kalau nak mengeji kena tahu pokok pangkal dulu jangan hanya mengecam membabi buta.

 

Untuk makluman Program Pemukiman pada asalnya dicetuskan oleh Kelab Adun Barisan Nasional (BNBBC) Perak pada 2012.

Selepas itu dengan menggunakan konsep yang sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencetuskan idea Program Turun Padang pada tahun 2013 yang berkonsepkan 3P (Padang, Perasaan dan Penyelesaian)

Konsep turun padang itu kemudiannya diterjemahkan melalui Program Pemukiman Menteri Besar Perak sejak tahun 2016.

Dan ia bukannya satu program yang diadakan semata-mata kerana pilihanraya semakin hampir.

Cetusan idea untuk melaksanakan program ini pada mulanya hanya dilakukan di dalam lapan berparlimen dan 20 kawasan pilihan raya negeri dimana ia menjanjikan satu transformasi dengan penyatuan adun-adun lama dan baru sama ada dikalangan UMNO sendiri mahupun MIC dan MCA maka ia diharap dapat mewujudkan satu jalinan yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan antara pemimpin dengan rakyat.

Jadi, Zambry mahu pemimpin BN yang terlibat haruslah menggunakan pengalaman dari program pemukiman itu sebagai wadah kepada cara kerja mereka di kawasan masing-masing di masa akan datang.

Program ini kemudiannya berkembang dari tahun ke tahun dan kini ia diperluaskan ke semua

Itu adalah permulaan program pemukiman, dan bukan baru semalam Zambry turun padang.

Sejak program berkenaan diadakan, Zambry semakin kerana turun padang dan melihat sendiri keadaan di negeri Perak. Namun perkara itu sudah tentu mendapat kecaman teruk dari pembangkang. Dan apa yang lebih mengecewakan adalah, rakyat begitu mudah mempercayai kecaman tersebut.

Biasalah manusia, yang buruk itu lebih mudah diingati berbanding yang elok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");