Perak Hari Ini

‘Jihad Membendung Perasaan Tamak Kuasa Dan Kekayaan’ – Sultan Nazrin

LUMUT: Maal Hijrah hendaklah diraikan dengan tiga prinsip utama, yang juga selari dengan pembangunan negara Madinah iaitu, jiwa merdeka, budaya syura dan semangat jihad.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, Islam tidak akan berkembang jika umatnya masih berfikiran jumud sebaliknya, akan berkembang jika umatnya berfikiran terbuka.

“Kejayaan gemilang negara Islam Madinah, berlaku melalui budaya syura, (iaitu) budaya perundingan dan konsultasi yang digalakkan dalam kalangan ummah.

“(Selain) budaya yang memberikan perhatian dan pertimbangan kepada pelbagai pandangan dan pendapat meskipun berbeza dan berlainan, (Madinah juga menerapkan) budaya yang bersedia menerima teguran dan kritikan,” titah Baginda.

Pada masa sama, Sultan Nazrin juga bertitah, semangat jihad juga harus diterapkan dalam setiap jiwa umat Islam.

“Jihad yang lebih utama ialah melalui kekuatan dalaman (iaitu) kekuatan membendung keinginan nafsu keberahian dan kekuatan mengawal perasaan tamak haloba untuk memiliki kuasa dan kekayaan,” titah Baginda.

Sultan Nazrin bertitah dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri bagi Tahun 1439/ 2017 di Dewan Shariff, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat sini pada Jumaat.

Turut mengiringi Baginda, Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim, serta kerabat diraja.

Yang turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, dan EXCO negeri

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");