Perak Hari Ini

“Miniature Workshop” Buka Penyertaan Kepada 30 Keluarga

IPOH:Sebanyak 30 keluarga dijemput menyertai “Miniature Workshop” bersempena Hari Kesihatan Mental pada bulan Oktober ini di WoodyHand Art di Persiaran Kledang 1 Kawasan Perusahaan IGB pada 27 September ini.

Program dan kelas tersebut merupakan anjuran bersama Pemuda MCA Ipoh Barat, Woody Handy Art dan Child Creation Art Edu.

Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat Aldrich Low Guo Nan berkata, program Miniature Workshop yang akan berlangsung selama dua bulan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta kepentingan keluarga, menggalakkan penglibatan ahli keluarga dalam proses kerja dan membina keluarga yang harmoni.

“Penyertaan terbuka kepada 30 keluarga sahaja dan ia akan bermula pada 27 September sehingga 30 November ini iaitu dalam tempoh masa 8 minggu berturutan setiap Rabu, Sabtu & Ahad pukul 12 tengah hari hingga 3 petang peserta perlu hadir sekurang-kurangnya sekali pada setiap minggu bagi menyiapkan rumah mini tersebut,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Katanya peserta perlu hadir ke Woody Handy Art 12A Persiaran Kelebang 1 Tasek IG, Jalan Kuala Kangsar di sini bagi mempelajari teknik pembuatan rumah mini tersebut daripada tenaga pengajar yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Kami hanya menerima 30 pasukan keluarga menyertai Miniature Workshop dengan pembayaran RM100 deposit dan bayaran deposit itu akan di pulang semula selepas pasukan peserta siap hasil mereka dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak Woody Handy Art akan membekalkan papan rumah Miniature dengan nisbah 1:12, peserta perlu menyediakan peralatan sendiri dan barangan kitar semula amat digalakkan.

Lapan kelas bagi Lapan minggu berturutan adalah setiap Rabu, Sabtu dan Ahad iaitu melibatkan Kelas Pertama : Minggu ke-5 Bulan September;- Cat, Wallpaper, Carpet Kelas Ke-2 : Minggu Pertama Bulan Oktober – Pembuatan sofa;Kelas Ketiga-3 : Minggu Ke-2 Bulan Oktober – Pembuatan TV cabinet Kelas Ke-4 : Minggu Ke-3 Bulan Oktober – Pembuatan Dinning Set.

Manakala bagi Kelas Ke-5 : Minggu Ke-4 Bulan Oktober- Pembuatan Kitchen Cabinet; Kelas Ke-6 : Minggu Pertama Bulan November – Pembuatan Katil
Kelas Ke-7 : Minggu Ke-2 Bulan November – Pembuatan Almari Bilik dan Kelas Ke-8 : Minggu Ke-3 Bulan November – Pembuatan Dressing Desk.

“Persembahan hasil daripada semua peseta akan diadakan pada 17 Disember ini dan lima anugerah akan dihadiahkan bagi kategori Tema, Kreatif, Kraf Tangan, Kesempurnaan & Kecantikan. Hadiahnya termasuk piala dan sijil dan semua peserta bagi Miniature Workshop ini akan dapat satu kraf tangan sebagai buah tangan.

“Dalam proses pembinaan Miniature rumah ini, setiap pasukan akan dibuka satu fail rekod untuk catat semua bahan binaan yang telah diguna dengan kosnya sekali supaya jumlah kos bagi hasil tersebut dapat dikira selepas siap.

“Peserta boleh pilih letakkan hasil mereka di sini untuk pameran atau mohon untuk bawa balik hasil sendiri selepas bulan Mac tahun hadapan dengan jelaskan jumlah kos rumah tersebut,” katanya.

Sekiranya berminat anda boleh menghubungi pihak pengajur di talian (0125108771) Anna / (0125193222).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");