Perak Hari Ini

Kaki Tersangkut Pada Celahan Dahan Pokok

KUALA KANGSAR:Seorang lelaki 24 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 30 minit apabila lututnya tersangkut pada celahan dahan pokok berhampiran Masjid Kampung Jeliang Manong petang tadi.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar 4.07 petang tadi.

“Pihak penyelamat mendapati lutut lelaki tersebut telah tersangkut pada celahan dahan pokok pada ketinggian 10 kaki,” katanya.

Jelas sumber lagi, pihak Bomba telah menggunakan peralatan menyelamat khusus bagi membantu menurunkan mangsa.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");