Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Minta KKLW Beri Perhatian Kepada 7 Kampung India

IPOH:Kerajaan Negeri meminta agar pihak kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), memberi perhatian kepada tujuh kampung masyarakat India di negeri ini memandangkan kampung tersebut tidak berada dalam kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)(JKKKP) dan (JKKKOA).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini Perak menggunakan empat kaedah JKKK melibatkan Kampung masyarakat Melayu, Cina, Orang Asli dan India.

“Perak sendiri mempunyai tujuh kawasan yang melibatkan jumlah penduduk India yang tinggi dan Kerajaan Negeri memohon pertimbangan khas oleh pihak kementerian supaya memberikan perhatian terhadap tujuh kampung tersebut,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Zon Utara Fasa 2 melibatkan 1,500 orang kepimpinan JKK/JKKKP dan JKKOA daripada empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sini hari ini.

Terdahulu majlis tersebut turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Jelas Zambry lagi,bantuan dan perhatian khusus perlu diberikan kerajaan persekutuan kerana perkampungan masyarakat India tersebut tidak diletakkan dalam kategori kampung baru setakat ini.

“Ia satu kaedah yang inovatif bagi membantu kawasan yang mempunyai jumlah masyarakat India yang tinggi melibatkan 11 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri ini… kampung cina kebanyakkannya telah diletakkan dalam kategori kampung baru begitu juga kampung melayu dan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Terdahulu, tujuh kampung berkenaaan ialah Kampung Hendra, Kampung Soon Lee, Kampung Tun Sambanthan, Kampung Kamatchi, Kampung Sungai Sumun, Kampung Kinta Valley dan Kampung Pundut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");