Membawang Hari Ini

Kontroversi Video Fathia Latiff, Tiz Zaqyah ‘Carut’ Natasha Elyzza

PELAKON Tiz Zaqyah telah menulis ‘mesej’ kepada pendatang industri hiburan baru, Natasha Elyzza menerusi ruangan ‘IG Story’ di akaun media sosial Instagram (IG).

Menerusi tulisan tersebut, Tiz mempersoalkan tindakan Natasha yang merakamkan aktiviti yang dilakukan secara ‘live’.

“Awak boleh buat apa sahaja yang awak nak buat tetapi perlu ke awak rakam secara ‘live’? Nak tunjuk kepada satu dunia?

“Sekarang tengok, siapa yang dipersalahkan? Fikir. Terima kasih,” tulisnya kepada Natasha, lapor portal Astro Gempak.

Jumaat lalu, video kontroversi melibatkan pelakon Fathia Latiff dan Natasha viral di media sosial dan sehingga kedua-dua mereka dikecam teruk oleh pengguna laman sosial.

Bagaimanapun selepas Fathia dan Natasha memberikan kenyataan mengenai kontroversi tersebut, video kedua pula tersebar pada pagi Sabtu.

Disebabkan perkara itu, kedua-dua mereka masih menutup ruangan komen akaun IG masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");