Perak Hari Ini, Isu Panas

Pembangkang ‘Sakit Hati’ Mat Taib Kembali Pada UMNO – Saarani

IPOH: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menyelar tindakan Nga Kor Ming dengan menyifatkan Pengerusi DAP Perak itu sebagai ‘sakit hati’.

Saarani menyifatkan Nga sebagai seorang pemimpin yang busuk hati berikutan kenyataan pemimpin DAP yang mengatakan sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang kembali menyertai UMNO sebagai ‘sidang Maharaja Lawak’.

“Bagi saya, apa sahaja Nga mahupun ‘konco-konconya’ mengkritik kepada apa yang kita buat, ia bermakna telah menyakitkan hati  mereka.

“Apabila Menteri Besar turun untuk sama-sama angkut sampah, dia kritik dan hentam kerana perbuatan itu melukakan (hati) dia,” katanya, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.

Tambah beliau, ia merupakan hak mana-mana parti untuk mengadakan sebarang sidang media.

Saarani berkata setiap parti mempunyai strategi tersendiri untuk meraih sokongan dalam Pilihanraya Umum akan datang.

“Walaupun Tan Sri Mat Taib merupakan seorang ahli politik vateran, namun ia ada impak positif khususnya kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional di Selangor.

“Ini kerana, beliau pernah menjadi Menteri Besar di sana dan mempunyai ramai sokongan khususnya kawan-kawan dan bekas-bekas ketua cawangan.

“Secara tak langsung, penyertaan Tan Sri Mat Taib ini ‘sudah melukakan hati’ Nga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak Kali ke-41 di Wisma Peladang di Greentown Ipoh, pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");