Berita Hari Ini

Lawatan Trump Satu Kesilapan – Sadiq Khan

LONDON: Sadiq Khan, berkata negara itu membuat kesilapan apabila menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut BH Online melalui Reuters, Datuk bandar London itu menyifatkan sesetengah pandangan pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu terhadap Islam sebagai ‘tidak endah.’

Khan dan Trump memiliki sejarah lampau. Ketika kempen pilihan raya Presiden AS, beliau antara ramai yang lantang menentang cadangan larangan perjalanan Trump ke atas penduduk Islam ke negara itu.

Trump mengkritik Khan, menuduh Datuk Bandar itu membuat ‘alasan menyedihkan’ berhubung kenyataannya menggesa penduduk ibu kota ini supaya tidak bimbang dengan kehadiran anggota polis tambahan di jalanan susulan serangan Jun lalu.

Dalam persidangan tahunan Parti Buruh pembangkang, Khan memaklumkan, beliau beranggapan lawatan negara yang dirancang Perdana Menteri Theresa May adalah ‘satu kesilapan.’

“Saya kadang kala fikir bahawa sesetengah orang tidak endah,” kata Khan menambah adalah menjadi tugasnya untuk mendidik mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");