Berita Hari Ini

‘Lepas Arak, Pesta Gay Pula Bakal Ada Di KL?’

KUALA LUMPUR: Belum selesai isu pesta arak Better Beer Festival, sebuah acara gay dikatakan akan diadakan pada 30 September depan, dekat Rooftop GTower, di Ibu Negara.

Portal Ismaweb mendedahkan, Parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ itu dikatakan yang terbesar di dunia dan ia merupakan penganjuran oleh DivineBliss Malaysia.

Difahamkan, penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.

Menurut portal tersebut yang turut melahirkan kebimbangan melaporkan acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Pesta muzik gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Pada masa sama, Malaysiakini turut mendedahkan acara tarian dan nyanyian itu turut melibatkan DJ Danny Dee daripada Thailand dan DJ tempatan Diego Garcia.

Menurut portal tersebut, poster acara itu diiklankan dengan gaya ilustrasi yang memaparkan dua lelaki berada dalam keadaan menjelekkan.

Maklumat lanjut tidak dapat diperoleh di laman White Party Bangkok kerana pautan diberikan tidak dapat dibuka pada masa ini.

Bagaimanapun sebuah laman acara berkata pengunjung dikenakan bayaran RM45 dengan minuman percuma.

Tinjuan pada laman Facebook White Party Bangkok, umat Islam negara ini mula menunjukkan rasa tidak senang mereka berkaitan penganjuran acara itu.

“Malaysia bukan negara gay. Sekian,” tulis Muhamad Fathi Abdu Ghani di ruang komen laman berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");