Perak Hari Ini

MB Sambut Baik Respon Anak Muda Dalam Program TN50

KAMPAR: Menteri Besar Perak menyambut baik semangat dan keterujaan generasi muda terhadap pembabitan mereka dalam program Dialog Transformasi Nasional (TN50) yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Daerah Kampar.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini merupakan perkembangan yang baik khususnya untuk menjayakan aspirasi TN50 pada peringkat negeri dan nasional.

“Saya gembira dengan respon anak-anak muda kita tadi dalam melontarkan cadangan dan pandangan mereka untuk tahun 2050 nanti.

“Ruang yang kita buka ini digunakan sepenuhnya mereka di mana kita lihat bukan sahaja aspirasi berkenaan teknologi semata-mata malah, ada melibatkan isu tentang budaya, bahasa dan kemiskinan,” katanya.

 

Tambah beliau, generasi muda juga kini memandang pembangunan masa hadapan itu bukan sahaja dengan kewujudan bangunan pencakar langit malah, lebih dari itu.

“Mereka memandang aspek pembangunan masa hadapan itu harus menjurus kepada pembangunan mampan di mana ia kemodenan juga harus seiring dengan penambahbaikkan dari segi ekonomi, jaringan perhubungan dan tempat tinggal yang selesa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan program berkenaan di sini, pada Selasa.

Selain Zambry, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia,Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya turut hadir sebagai panel bersama.

Pengacara dan penerbit, Astro AWANI, Nazri Kahar pula bertindak sebagai moderator bagi program yang bermula sekitar jam 9:00 malam itu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Ia juga dihadiri wakil-wakil pelajar, Anggota Ahli Majlis Daerah Kampar, serta wakil masyarakat Orang Asli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");