Isu Panas

Pas Perlu Realistik, Perintah Negara Bukan Uji Kaji

SHAH ALAM – Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan cukai ini sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Ini kerana menurut Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, ia sudah diaplikasikan.

“Cuma, perlu diperbaiki dari segi penguatkuasaan ke atas para pemborong barangan termasuk yang diimport supaya tidak sesuka hati menaikkan harga barangan atau mengenakan harga yang tinggi atas alasan GST,” katanya memetik dari Sinar Online.

Jelasnya lagi, majoriti sikap pemborong dan peniaga barangan sudah tidak lagi telus dan amanah, sehinggakan menyebabkan berlakunya bebanan kepada pengguna.

“Mereka seolah sesuka hati menjadikan GST sebagai alasan bagi manipulasi harga yang menyebelahi mereka. Ini merosakkan sistem rantaian harga yang munasabah.

“Kini kerajaan perlu wujudkan skim melahirkan pemborong dan juga menguasai segmen perniagaan barangan,” katanya.

Justeru hujahnya, sekiranya Pas mahu aplikasikan cukai baharu pun, akan lalui cabaran yang sama dilalui kerajaan BN hari ini.

“Jadi usah difikir soal konsep cukai, tapi Pas perlu didik sifat budaya baik meniaga dikalangan penyokong dan juga bekas peniaga dan kapitalis,” katanya.

Jelasnya lagi, konsep cukai ini sudah ada dan dikenali antarabangsa, justeru katanya, ‘apa yang berlakunya hiruk pikuk di Malaysia saya lihat berpunca dari elemen yang dibawa golongan kapitalis dan kaum peniaga yang seolah mahu mensabotaj imej kerajaan. Itu sahaja puncanya’.

“Jadi Pas jika tidak mahu disabotaj, didiklah kaum kapitalis, pemborong dan peniaga,” katanya lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu katanya, cadangan Pas itu perlu terlebih dahulu dimulakan dengan mewujudkan kesedaran di puak kapitalis yang rata-ratanya sebelum ini kelihatan mengambil kesempatan ke atas GST bagi dijadikan alasan menaikkan harga.

“Jadi jika cukai Pas ini diperkenalkan pun, mungkin elemen sabotaj kaum kapitalis untuk meraih untung akan dilakukan. Jadi Pas tidak ada peluang yang positif sebenarnya. Lagi pula kedudukan rantaian pemborong dan peniaga di negara ini yang dimanopoli kaum Cina jelas tidak akan membantu cadangan Pas itu,” katanya.

Hujahnya lagi, saranannya agar Pas harus bersikap realistik dan memerintah negara ini bukan satu eksprimen sains yang boleh diulangkaji begitu sahaja.

Sebelum ini, Pas dipetik dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa parti itu akan melaksanakan dua sistem pencukaian mengikut kaedah Islam bagi menggantikan GST yang membebankan rakyat sekiranya mentadbir negara.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia adalah cukai simpanan korporat dan cukai jual beli saham.

Menurutnya, cukai berdasarkan prinsip Islam itu hanya dikenakan kepada golongan kaya dan bukannya miskin.

Menurutnya, dua kaedah cukai mengikut lunas Islam itu ternyata lebih menguntungkan berbanding GST yang menindas rakyat miskin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");