Sukan Hari Ini

Misi Sukar Di Pyongyang

JURULATIH pasukan kebangsaan, Nelo Vingada, memberi amaran kepada barisan pemainnya agar lebih bersedia untuk berdepan Korea Utara dalam perlawanan Kumpulan B, kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang, 5 Oktober depan.

Vingada mempunyai pengalaman dengan beberapa bekas pasukan kendaliannya, terutama Jordan, yang pernah beraksi di sana.

Sehubungan itu, beliau mengakui ia bukan mudah untuk menangani pasukan Korea Utara di laman mereka sendiri.

“Ketika bersama pasukan kebangsaan Jordan, saya selalu ke sana. Bukan mudah untuk bermain di sana. (Tetapi) stadiumnya bagus dan orang-orangnya sangat baik. Jadi, situasi ini tidak mendatangkan masalah kepada kami.

“Ketika bersama Jordan juga, kami memberikan mereka hotel dan kemudahan bertaraf lima bintang. Sebaliknya, ketika di Korea Utara, mereka tidak mempunyai hotel seperti itu. Kalau ada pun kemudahan empat bintang, ia hanya untuk orang politik,” katanya, menurut laporan dari portal Stadium Astro.

Perlawanan di antara Malaysia dan Korea Utara dua kali tertangguh kerana situasi politik di semenanjung Korea dan juga kes pembunuhan seorang lelaki yang didakwa abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 Februari lalu.

Malaysia kekal di tangga tercorot Kumpulan B manakala Lubnan semakin selesa di puncak carta saingan menerusi tujuh mata hasil dua kemenangan dan seri sekali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");