Berita Hari Ini

Najib Dan Isteri Jumpa Pelajar, Diaspora Malaysia

WASHINGTON DC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin.

Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja tiga hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald Trump yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri memberi gambaran situasi semasa di Malaysia serta pesanan sempena Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat, lapor BH Online.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");