Sukan Hari Ini

Kehadiran Neymar hebat buat Perancis – Presiden PSG

LONDON: Kehadiran bintang Brazil, Neymar di Paris Saint-Germain (PSG) disifatkan sebagai “Menakjubkan bagi Perancis” oleh Presiden kelab berkenaan, Nasser Al-Khelaifi.

PSG membayar Barcelona 222 juta euro (RM 1.12 bilion) untuk mendapatkan Neymar, 25 pada bulan lalu sebelum menandatangani Kylian Mbappe secara pinjaman dengan pilihan untuk membelinya pada musim depan.

Mbappe, 18 menjadi buruan terbesar gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan perjanjian berkenaan mencetus reaksi berang daripada bos La Liga, Javier Tebas yang menuduh PSG dan kelab Inggeris Manchester City sebagai mempermainkan peraturan kewangan UEFA.

Al-Khelaifi begitupun memberitahu akhbar Inggeris, Telegraph yang diterbitkan sebelum perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara PSG menentang Celtic di Glasgow, awal pagi esok yang kehadiran Neymar harus diraikan serta meningkatkan persaingan kejohanan elit berkenaan.

“Neymar ialah bintang ternama antarabangsa,” kata Al-Khelaifi, berdasarkan laporan BH Online melalui AFP.

“Jenama antarabangsa. Semua orang bertanya ‘apakah yang sedang berlaku di Perancis dan di Liga Perancis? Neymar bermain untuk Paris Saint-Germain!’

“Malah orang yang tidak berminat dengan bola sepak juga bercakap mengenainya. Perlawanan pertama Neymar di Guingamp disiarkan ke 183 negara. Ia menakjubkan buat Perancis dan Liga Perancis.

“Ia juga bagus buat Liga Juara-Juara kerana kamu akan memperoleh satu lagi kelab yang mampu bersaing. Saya tidak bermaksud yang kami tidak lagi berada di sana, namun adalah penting untuk kelab baharu menyertainya dan kelab dengan keinginan.”

Al-Khelaifi yang sebelum ini berkata memenangi Liga Juara-Juara sebagai “sasaran utamanya” berkata impak yang dicetuskan Neymar ke atas PSG cukup luar biasa.

“Hari ini kami ada masalah yang baik untuk diselesaikan iaitu kami tidak memiliki jersi yang cukup,” katanya. “Ia sesuatu yang besar bagi kami. Saya berada di Amerika Syarikat minggu lalu dan saya melihat jersi PSG berada di mana-mana.

“Situasi sama berlaku di Asia dan Amerika Selatan,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");