Isu Panas

‘Orang Kuat’ PKR Batu Pahat Keluar Parti

BATU PAHAT: Tiga pimpinan PKR Cabang Batu Pahat iaitu Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bendahari dan Ketua Penerangan hari ini mengisytiharkan keluar parti dan memohon menyertai UMNO.

Mohd Firdaus Esa, Mohd Azhar Ahmad dan Mohd Hafizi Johari bersama empat lagi ahli PKR cabang itu mengumumkan keluar parti dan memohon menyertai UMNO selepas hilang kepercayaan dengan pimpinan PKR dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi.

Mohd Firdaus, berkata mereka keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan PKR Cabang Batu Pahat dan kepimpinan PKR negeri yang didakwanya tiada lagi agenda membela nasib rakyat terutama orang Melayu.

“Kami juga hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat yang ternyata lebih banyak menghilangkan diri daripada berkhidmat pada rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Ia menyukarkan kami turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat kerana tidak pernah sekali pun diberikan peruntukan atau dana untuk disalurkan kepada masyarakat memerlukan di Batu Pahat.

“Malah saya terpaksa pula bergerak menerusi badan bukan kerajaan (NGO) Suara Anak Muda (SAM) Batu Pahat yang diwujudkan khas bagi membantu rakyat memerlukan di kawasan Parlimen Batu Pahat,” katanya kepada BH.

Terdahulu Mohd Firdaus disertai Mohd Azhar dan Mohd Hafizi bersama empat ahli PKR Batu Pahat menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Jawatankuasa UMNO Batu Pahat, Daeng Faris Daeng Fatah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");