Jenayah

Pelajar Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Kelahiran Bayi

JEMPOL: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis berhubung kes kelahiran sorang bayi perempuan di dalam surau sebuah sekolah di sini pagi Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, DSP Azham Shah Azlan berkata, pihaknya menahan pelajar berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes pelajar wanita berusia 15 tahun yang melahirkan bayi tersebut.

“Bayi yang dilahirkan itu cukup sifat dan dalam keadaan sihat manakala remaja yang melahirkannya sudah sedar dan masih menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya lapor Bernama pada Selasa.

Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");