Berita Hari Ini

Pembangkang Cemburu Pertemuan Najib, Trump

SHAH ALAM – Pembangkang dilihat begitu cemburu di atas pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump.

Pertemuan yang diadakan di Rumah Putih itu sekali gus menjadi kegusaran pembangkang apabila sebelum ini banyak tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap Najib.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mengenai Najib memenuhi jemputan Trump ke jelas hanyalah kenyataan yang berunsur cemburu.

“Pembangkang begitu gusar apabila Najib selamat tiba di Washington dan bertemu serta mengadakan perbincangan bersama Trump apatah lagi sebelum ini banyak kenyataan buruk yang ditaburkan ini terbukti fitnah hanya semata.

“Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengatakan Najib tidak berani ke AS dan jika beliau ke sana, berkemungkinan akan ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Belia berkata, kenyataan Mahathir itu dilihat sebagai pembohongan atas dorongan kelangsungan politik murahan pembangkang.

“Hakikatnya ketibaan Najib disambut baik dan diiringi oleh ‘Secret Service’  di Andrews Joint Air Force Base sehingga ke Rumah Putih untuk mengadakan pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin negara itu.

“Selain itu, layanan cukup istimewa yang diberikan oleh kerajaan AS kepada kepimpinan Najib. Ia jelas menunjukkan kerajaan AS amat menghargai kepimpinan Najib dengan menjemput beliau ke rumah Putih seterusnya mengadakan perbincangan bersama,” jelasnya.

Selain itu, katanya, pertemuan itu juga menjadi pengiktirafan dan lambang keakraban hubungan antara Malaysia dengan negara luar termasuk AS.

“Paling penting pertemuan bersejarah ini seiring dengan sambutan 60 tahun kemerdekaan Malaysia benar-benar membuktikan keikhlasan beliau ingin melonjakkan nama Malaysia ke 20 negara teratas dunia menjelang 2050 bagi memenuhi aspirasi beliau terhadap generasi muda Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Najib dan  Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih sejam.

Pegawai yang berada di Rumah Putih berkata, Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung  ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");