Isu Panas

Pemimpin Keluar Parti PPBM, Tidak Ada Apa Yang Peliknya

Dalam sibuk pembangkang dengan kempen Politik Toksik mereka tanpa disedari toksik dalaman yang berlaku begitu kronik sehingga mencengkam jiwa.

Tidak ada yang peliknya apabila kita mendapat berita pemimpin keluar parti dalam pembangkang. Trend dalam pembangkang, ‘Tak Pandai Kipas Kepimpinan Tertinggi, Maka Mereputlah Dikau’.

Pengunduran dua lagi ahli PPBM yang terawal iaitu bekas pengasas parti, Anina Saadudin dan Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman sungguh membuktikan PPBM semakin pincang dan serba serbi tidak kena.

Jika sebelum ini, Anina dan Hamidah bukan main lantang menegakkan perjuangan PPBM namun sekarang apa sudah jadi.

Anina mengambil keputusan keluar PBM secara rasmi semalam berikutan hala tuju PPBM tidak lagi selari dengan aspirasi perjuangan politiknya dalam parti berkenaan.

Malah perkara utama mendorong dirinya untuk berundur adalah layanan buruk parti itu terhadapnya sepanjang berada dalam parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

“Bagaikan ISA, saya dihukum tanpa dibicarakan dan tiada hitam putih dikeluarkan untuk politik dalam PPBM.

“Contohnya, saya disingkirkan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Parti melalui aplikasi Whatsapp (sahaja),” katanya pada sesi sidang media di Bangi, semalam.

Sementara itu, Datuk Hamidah yang juga Ketua Bahagian PPBM Gopeng menulis surat peletakkannya yang bertarikh 15 September 2017 kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sebelum ini mengakui wujud konflik dalaman PPBM terutama di Perak sehinggakan ada kalangan ahli seperti exco Srikandi, Zulaiha Sidek yang meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan cara dan pencaturan pemimpin parti.

Namun, setelah kedua-dua individu ini mengambil keputusan keluar parti, apa pula kata kepimpinan PPBM. Sudah tentu pelbagai tomahan diberikan.

Begitu la betapa RETORIKnya puak – puak Pakatan Haprak ni. Pantang betul diorang kalau ada ahli yang bertindak keluar dari parti kerana tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.

Macam – macam alasan dan dakwaan yang diberikan. Malah ada pulak yang menuduh orang tu kurang jati diri kerana kecewa permintaan yang dibuat tidak dipenuhi oleh pucuk pimpinan.

“Ternyata sikap kecewa ini timbul apabila kita punyai satu hasrat yang tinggi dan kita mengharapkan pimpinan memenuhi hasrat itu. Jika hasrat itu tidak dapat dipenuhi maka kita akan jadi kecewa. Bukan begitu?

“Jadi kecewa ini rasa yang terhasil daripada satu keadaan yang tidak penuhi citarasa kita. Kita nak macam itu maka tidak jadi begitu. Kita rasa kecewa. Kalau kita tidak ada kehendak untuk apa-apa. Maka ikhlas saja, kita tidak rasa kecewa lah,” kata Ketua Penerangan PPBM

Begitu la alasan puak Pakatan Haprak ni dalam menafikan kebenaran. Diorang ni jenis manusia yang tak boleh terima kelemahan diri mereka sendiri. Maka sebab itu diorang suka salahkan orang lain.

Walhal, yang mengambil tindakan keluar dari parti tu pun adalah disebabkan mereka kecewa duduk dalam parti yang tidak mempunyai hala tuju nak menjaga kepentingan rakyat.

Sebaliknya, pucuk pimpinan parti itu hanya sibuk nak mengejar kuasa dan menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin tertentu sahaja. Bukannya diorang berjuang demi rakyat.

Tambah mengecewakan ialah apabila ada dikalangan pemimpin parti itu sendiri yang sanggup menabur fitnah secara terbuka terhadap pemimpin – pemimpin yang tak sehaluan dengan parti.

Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa parti yang mereka sertai itu tidak terbuka dalam menerima kritikan yang diberikan walaupun mereka menuduh orang lain sedemikian. Itu yang orang kata parti PPBM ni cakap tak serupa bikin!!!

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");