Sukan Hari Ini

Perak Atasi Aksi Hambar Pulau Pinang

IPOH: Perak tidak menghadapi masalah untuk mengutip mata penuh ke atas Pulau Pinang apabila membenam pasukan Pulau Pinang 1-0 dalam Saingan Liga Super di Stadium Perak pada malam tadi.

Memetik laporan BH Online, jaringan tunggal Mohd Nizad Ayub memadai buat tuan rumah meraih kemenangan sekali gus naik ke tangga kelima carta liga dengan mengutip 33 mata.

Sebaliknya Pulau Pinang terus menderita apabila terus terdampar di dasar liga dengan 12 mata serta sah tersingkir ke Liga Perdana musim 2018.

Dalam perlawanan kurang menarik itu, tidak banyak aksi dan gerakan menarik diperagakan kedua-dua pasukan.

Begitupun pada perlawanan malam ini, Perak tidak menurunkan ramai pemain utamanya kecuali Thiago Aquino, Zaquan Adha Abd Razak dan Muhammad Hafizul Hakim.

Namun pelawat nyata tidak berupaya memberi tentangan kepada anak buah Mehmet Durakovic yang menguasai permainan.

Bagaimanapun penyudah lemah serta ketangkasan penjaga gol pelawat, Sani Anuar Kamsani menjadi penghalang kejayaan besar tuan rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");