Perak Hari Ini

Perak Sasar Kumpul Lebih 10,000 Idea, Serahkan Pada Kerajaan Persekutuan

IPOH:Sasaran pengumpulan lebih 10,000 idea daripada pengunjung menerusi kempen ‘Idea Untuk Perak’ dalam penganjuran Pangkor Dialogue 2017 kali ini akan dinilai dan disyorkan terus kepada pihak kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, setakat tiga hari Perak Festival of Ideas (PFol) berlangsung, hampir 4,000 peserta telah menyertai pelbagai program yang diajurkan oleh agensi dan ribuan idea sudah berjaya dikumpulkan.

Terdahulu, Perak Festival of Ideas (PFol) yang merupakan idea pertama oleh Kerajaan Negeri bakal menyaksikan pengumpulan idea menerusi hampir 70 acara yang akan berjalan serentak di seluruh negeri bermula dari 6 hingga 12 September 2017.

“Kita turut yakin mampu mencapai sasaran 10,000 idea malah mungkin lebih banyak daripada itu melibatkan idea pada peringkat anak kecil, golongan belia juga peringkat warga emas memberi idea menambahbaik kepada masa depan yang terkumpul dan akan dibukukan,” katanya selepas menghadiri program MY Kperak Robotik di Perpustakaan negeri di sini hari ini.

Katanya lagi, terdapat pelbagai idea yang dikumpul melibatkan banyak sektor termasuk pengurusan tanah dan bidang pengurusan sekolah.

“Semalam ratusan idea dikemukan malah mereka dapat berinteraksi terus saya secara dekat termasuk pihak yang melaksanakan dasar.

“Idea yang dikemukan bukan sekadar begitu sahaja, apa persepsi pihak tertentu bagi saya idea adalah satu perkara yang penting dalam segenap segi kehidupan bagi memulakan sesuatu pastinya bermula dengan idea jadi kita akan kumpulkan dan disyorkan terus kepada pihak kerajaan Persekutuan,” katanya.

Katanya lagi, cadangan bernas berkaitan pembentangan Bajet 2018 telah dihantar terus kepada Menteri Kewangan II untuk dipertimbangkan iaitu mengenai program tanggungjawab sosial (CSR) kepada pihak sekolah yang boleh dikecualikan cukai.

Beliau turut berkesempatan berkongsi pelbagai pandangan dan pengalaman bersama murid sekolah, pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti mengenai keunikan bidang robotik di negara ini pada sesi tersebut.

Jelasnya, program robotik merupakan salah satu program yang sinonim dengan generasi muda di alam persekolahan mahupun peringkat pengajian tinggi, kolej dan universiti.

“Banyak anak muda negeri Perak begitu kreatif dan inovatif menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang robotik jadi ia satu persiapan awal memahami idea baru, kita memberikan ruang buat mereka menyatakan hasrat dan visi mereka impian, inginkan untuk kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");