Sukan Hari Ini

Real Boleh Kenduri Gol

PEMAIN Real Madrid, Toni Kroos menilai prestasi pasukannya tidak berada pada tahap terbaik walaupun menang 3-0 ke atas Apoel dalam aksi kumpulan H kempen Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.

Kroos berkata, jika tampil dengan prestasi sebenar, pasukannya mampu menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan itu.

“Kami memang layak menang dan sepatutnya boleh berpesta gol malam ini. Namun, kami tidak bermain di tahap sebenar.

“Tapi kemenangan 3-0 itu juga bukanlah sesuatu yang buruk.

“Apa yang pasti kami perlu segera kembali pada tahap sebenar kerana kami akan menghadapi dua lawan yang sukar selepas ini iaitu Borrusia Dortmund dan Tottenham Hotspur yang sudah tentu mampu memberikan kesusahan kepada kami nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");