Sukan Hari Ini

Suami Isteri Sumbang Pingat

MUHAMMAD Hafiz Abu Bakar dan Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin melakar sejarah menjadi pasangan atlet suami isteri pertama menyumbang pingat untuk kontinjen negara dalam tiga edisi Sukan Para Asean secara berturut-turut sejak 2013 di Myanmar.

Muhammad Hafiz, 34, meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F36/37 (Cerebral Palsy) dengan catatan 10.50 meter manakala Siti Noor Iasah, 27, mempertahankan pingat emas dalam acara 400m wanita T20 (masalah pembelajaran) dengan catatan 60.86 saat pada hari ketiga acara olahraga APG Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Siti Noor Iasah, dia mendedikasikan kejayaan kepada anaknya iaitu Nur Iman Qaisarah, 5 sambil memuji peranan aktif yang dimainkan suaminya dalam memberi doro-ngan kepada dirinya.

Pemegang rekod Para Asia acara 400M T20 itu berkata, walaupun gagal memperbaharui rekod peribadinya iaitu 58.55 saat yang dicipta pada Paralimpik Rio 2016, beliau tetap berbangga berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.

“Saya memang tidak sasar perbaiki catatan peribadi dan kalau saya berjaya layak beraksi ke Sukan Para Asia 2018 di Indonesia, saya akan meneruskan latihan seperti biasa.

“Tiada yang menarik mengenai kemenangan ini kecuali tambahan satu pingat emas dalam acara 800m T20 yang saya menangi, Isnin lepas,” kata anak jati Johor itu yang mengekalkan emas acara 400m T20 sejak edisi 2008 di Nakhon Ratchasima, Thailand katanya kepada sinar harian.

Pandangan sama dikongsi Muhammad Hafiz yang berbangga dapat menyumbang pingat perak walaupun gagal mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lepas.

Terdahulu untuk rekod, beliau turut menyertai acara merejam lembing F36/37 hari ini tetapi mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rejaman pada percubaan kedua setelah gagal meraih sebarang mata pada percubaan pertama.

“Saya tetap berpuas hati kerana cabaran hari ini begitu sengit terutamanya daripada pemenang pingat emas, Ahmad Fauzi dari Indonesia,” katanya yang bertugas sebagai jurulatih sambilan paralimpik Majlis Sukan Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");