Perak Hari Ini

Tugas Kepimpinan JKKK Semakin Besar

IPOH:Tanggungjawab yang digalas kini oleh kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKKP (Persekutuan) dan JKKKOA (Orang Asli) seluruh negara disifatkan sudah semakin besar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata,pengukuhan profesionalisme JKKKP itu termasuk dari segi pengurusan pentadbiran, kewangan dan penganjuran mesyuarat serta pemantauan projek.

“Kalau dahulu mungkin tugasnya setakat menandatangani dokumen, permohonan dan biasiswa tetapi kini kerajaan memberikan pelbagai tanggungjawab selain daripada daftar pemilih, penyediaan profil kampung dan memantau projek dibawah kementerian,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Zon Utara Fasa 2 melibatkan 1,500 orang kepimpinan JKK/JKKKP dan JKKOA daripada empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sini hari ini.

Majlis terdahulu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, bidang skop tugas kepimpinan JKKK kini semakin besar setelah mengambil kira kepada pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang pastinya akan berbeza kelak.

“Kini mungkin fokusnya kepada pembangunan infra tetapi akan datang pembangunan infra tidak menjadi keutamaan dan saya percaya tahun 2020 sasarannya menyediakan 100 peratus kemudahan infra di luar bandar jadi tidak ada lagi isu mengenainya tetapi selepas itu lebih kepada keusahawan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

“Jadi oleh sebab itu kita mahu menyediakan ketua kampung pada tahap yang profesional bagi persediaan 2050, walaupun bukan mereka pada tahun itu tetapi dari segi permulaan perlu bermula dari sekarang,” katanya.

Katanya lagi, beberapa faktor utama diberikan penekanan iaitu merangkumi pentabiran pengurusan desa, keusahawan dan pemantauan projek selain menerapkan pembentukan profesional dikalangan kepimpinan ketua Kampung.

Sementara itu, jelasnya modul pada peringkat Diploma bakal dibuka kepada kepimpinan JKKK yang berminat mengikutinya setelah habis mengikuti program Sijil Tadbir Urus Desa Infra dan Universitu Kuala Lumpur (UniKL).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");