Berita Hari Ini

Tambang Haji Kita Terendah : Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH: Kadar bayaran menunaikan ibadat haji yang berjumlah RM9,980 bagi seorang jemaah akan dikekalkan walaupun Tabung Haji (TH) menanggung kenaikan kos setiap tahun.

Ia keputusan Datuk Seri Najib Razak supaya jumlah subsidi yang ditanggung TH dikekalkan sebagai tanda keprihatian kerajaan terhadap jemaah haji Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kadar bayaran untuk mengerjakan haji bagi jemaah Malaysia adalah terendah jika dibandingkan dengan negara lain.

“Walaupun (bayaran) murah, pihak kerajaan masih dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dengan pelbagai aspek termasuk penginapan, kesihatan, pemakanan dan urusan harian ibadat haji.

“Malah, kerajaan masih berbincang dengan kerajaan Arab Saudi untuk membina sebuah kompleks Tabung Haji di Makkah bagi memudahkan jemaah negara ini di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Kemerdekaan ke-60 dan Karnival Gegar Merdeka 10,000 Langkah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hashim Ismail.

Dalam perkembangan lain, Asyraf berkata, umat Islam disarankan supaya terus bersolat hajat dan berdoa bagi memohon pembebasan warga Rohinya daripada belenggu kezaliman serta penindasan junta tentera Mynmar.

Katanya, rakyat boleh mengadakan solat hajat dan berdoa di mana-mana tempat khususnya di masjid tanpa menunggu arahan atau mengadakan solat hajat perdana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");